Selamat menyambut Hari Lahir buat Putera ke4 teman nih... semoga anakanda sentiasa di dalam perlindungan allah selalu...di lahirkan pada 1.1.96 semasa teman dan my hb bertugas di Kota Bharu Kelantan... alhamdulillah membesar dengan tanpa banyak kerenah... senyum sokmo... mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat anakanda...
Ya Allah Ya tuhan ku...
Selamatkanlah setiap perjalanan anakku
Lindungilah dia walau di mana saja dia berada
Lindungi dan jauhilah dia dari segala malapetaka dan penyakit yang merbahaya
Kurniakanlah dia dengan kesihatan yang baik
Berikanlah dia petunjuk dan hidayah agar sentiasa di jalan yang benar
Berkatilah dia agar menjadi anak yang soleh dan bertaqwa
Cemerlangkan lah dia dalam pelajarannya
Berikan lah dia kejayaan di dunia dan di akhirat
AMIIN.... Ya rabbal a'lamin....