Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Terima kasih Cikgu!......

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

AssalamualaiKUM... dan salam sejahtera buat semua... semoga hari ini menyinarkan kecerian yang lebih baik dari semalam... Teman ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru guru yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu dan bakti tanpa mengenal penat dan lelah.... sesungguhnya jasa dan bakti guru guru sentiasa di dalam ingatan dan kenangan dan yang pasti setiap kebaikan dan keiklasan guru guru mendidik anak bangsa sentiasa menjadi sebutan dan setiap sebutan itu adalah doa buat semua guru guru....

"Cikguu... anda semua hebat..." terima kasih cikgu..

Sunday, May 8, 2011

Kutip Bunga bungaan Mother's day kekawan Alam Maya...

Assalamualaikum buat semua yang bergelar ibu,ummi,mami,mama,mak dan ape ape ajew panggilan teristimewa buat ibu2... "Selamat Hari Ibu" buat semua semoga anda semua adalah ibu ibu yang hebat dan terbaik buat anak anak dan keluarga... insyaallah...
Bagi teman selagi hayat di kandung badan... anak anak adalah segala galanya dan keutamaan dalam hidup ini...

Nak ucapkan ucapan bahagia ini.. hanya pada MIL ajew... klu ibu sendiri mmg telah lama di jemput illahi ke sisi nya... Hanya doa yang tak pernah putus2 saya kirimkan buat arwah mak semoga arwah mak sentiasa tenang dan bahagia di sisi Allah yang pengasih lagi penyayang...amiinn..

Hari nie terlebih rajin mengutip bunga bungaan dari blog kekawan... terima kasih buat semua yang memberi bunga bungan yang cantik ini... sukeee sesangat... cantikkkk...

Dari Yatiememories











Monday, December 6, 2010

Syukur pada mu.... ya Allah


Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah buat semua sahabat2,rakan taulan,saudara mara

dan pengunjung yang sentiasa sudi menjengah ke umah teman nie.. semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. dalam menjalani kehidupan seharian ini...

Pertama nya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih memelihara nikmat nikmat nya yang cukup besar yakni Islam dan Iman... Begitu juga dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan yang telah di anugerah kepada kita semua... alhamdulillah.. tidak lupa juga salam selamat dan sejahtera keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengasehi umat nye... amiiin

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha buat semua kenalan Alam Maya...


Salam... buat semua sahabat handai,rakan dan taulan dan juga saudara mara walau di mana pong kalian berada... teman menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandai nyer sepanjang penulisan teman berblog nie... ada kata kata yang melampaui bahasa menyinggung perasaan sesiapa yang terasa..

Maafkan lah... teman yang menulis bukan kerana nama... tapi kerana ingin belajar dan mempelajari ilmu yang tanpa sempadan ini... segala yang baik itu datang nyer dari petunjuk Allah dan segala kelemahan dan kekurangan datangnyer dari kelemahan diri teman sendiri... "Selamat menyambut Hari Raya Qurban"

Tuesday, September 7, 2010

"Selamat Hari Raya Aidilfitri...."



Salam... buat semua sahabat handai,rakan dan taulan dan juga saudara mara walau di mana pong kalian berada... sempena di akhir ramadhan ini...dan syawal yang akan kunjung tiba x lama lagi... teman menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandai nyer sepanjang penulisan teman berblog nie... ada kata kata yang melampaui bahasa menyinggung perasaan sesiapa yang terasa.. tersindir kata2 yang x sengaja... tergelak x mengira masa terusik yang sengaja atau apa2 saja yang mengguris jiwa sesiapa... sekali lagi teman menyusun sepuluh jari dengan sepenuh keiklasan di hati memohon ampun dan maaf diatas segala-gala nyer..."SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI" Maaf zahir dan batin dari Nur Ede sekeluarga..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...