Showing posts with label pertemuan. Show all posts
Showing posts with label pertemuan. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Pertemuan yang menjadikan kenangan terindah....

Assalamualaikum... Salam sejahtera buat semua sahabat handai dan rakan taulan.. n3 kali nie sekadar ingin berkongsi cerita pertemuan saya dan suami serta rakan rakan online dengan Perdana Menteri Malaysia Dato'Sri Najib pada hari Sabtu 30 April 2011 jam 5.30 petang... suka sangat.. x dapat nak di gambarkan dengan kata kata apabila terpilih untuk bertemu dengan PM secara live...

Alhamdulillah... pertemuan secara santai dengan PM membuat kami semua merasa begitu selesa dan tidak ada protokol yang perlu di ikut... Dato'Sri pun sentiasa ceria semasa menjawap soalan soalan yang di ajukan pada nya... syabas.. Dato'Sri sesungguh nya zaman sekarang rakyat mmg mahukan pemimpin yang berjiwa rakyat...

Pertemuan yang akan menjadi kenangan terindah di lipatan memori
saya dan suami.... terima kasih Dato'Sri...

Cenderahati dari Dato'Sri buat semua tetamu jemputan...

Terima kasih Dato'Sri kerana sudi tandatangan buku cenderahati saya....

Menu pilihan... rojak buah dengan sedikit dessert

Pelbagai juadah yang di sediakan untuk tetamu

Gambar2 yang di ambil sepanjang perjalanan pulang ke TTI


Perjalanan pulang bersama cenderahati dari Dato'Sri Najib

Thursday, April 28, 2011

Pertemuan yang di nantikan....

The personal website of Dato'Sri Najib RazakVisit our website27hb April, 2011




Puan Nur Ede..,

Salam 1Malaysia!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung 1Malaysia Bersama YAB Perdana Menteri. Diharap anda telah membuat segala persiapan untuk hadir. Berikut adalah butiran maklumat untuk anda.

Tarikh : 30 April 2011 (Sabtu)
Tempat : Bilik Rajawali 1, Aras 2, Marina Ri-Yaz Heritage,
Pulau Duyong, Terengganu
Masa : 5.30 petang

Peringatan Penting


  • Jemputan ini adalah untuk anda dan tetamu anda sahaja dan tidak boleh ditukarmilik.
  • Pastikan anda membawa kad pengenalan bersama bagi tujuan pengesahan pendaftaran.
  • Kod pakaian adalah smart casual. Pakaian yang tidak dibenarkan adalah seperti seluar pendek, skirt atau dress pendek, kemeja tanpa lengan, selipar, atau pakaian bergaya koyak (ripped style).
  • Anda digalakkan membawa kamera untuk merakam foto dan video, tetapi diingatkan untuk menggunakannya secara berhemah di dalam majlis. Sebarang alat yang boleh dijadikan senjata tidak dibenarkan masuk.

Terima kasih

Pentadbir 1malaysia.com.my

Pemilihan jemputan adalah untuk anda dan tetamu anda sahaja dan tidak boleh ditukarmilik. Pemilihan jemputan adalah muktamad dan bergantung kepada jumlah peruntukkan yang dibenarkan bagi setiap majlis. Hanya tetamu yang terpilih sahaja akan menerima emel susulan ini.



Assalamualaikum... dan salam 1 malaysia buat semua sahabat handai dan rakan taulan..serta para pengunjung yang setia mengunjungi umah teman nie... terima kasih bebanyak pada yang singgah....nak buat mcm mana...untuk minggu nie... teman mmg teramat bbzz dengan kerja2 pejabat dan urusan anak2 dan baru jew.. balik dari kursus, hari nie teman luangkan juga sedikit masa untuk berkongsi kegembiraan teman bila terima email ini... mudah mudahan di beri kesihatan yang baik buat diri teman dan pertemuan bersama PM menjadi realiti... alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...