Monday, December 20, 2010

Alahaiii..... menjelma dengan Sardin Puff lagiii...


Sejak kebelakangan nie... aduhhh... masa benar2 mencemburi teman... manakan tidak udah seminggu lebih teman x menjengok umah teman nih...asyik putera2 teman jew... yang menggunakan PC n lappy kat umah nie... kat umah udah jadi mcm pusat siber.. smua putera dan puteri teman nie masing2 asyik dengan komputer, ade ade ajer aktiviti game yang dia orang mainkan.....isk..isk. Masa teman hanya sebelah malam jew... tapi mata nie pulak klu malam asyik nampak bantal ler pulak....zzzzzz hehehe..


Ok meh ler layan menu minum petang yang puteri teman buatkan nie...resepi asal boleh juga tengok kat sini klu musim2 cuti skolah nie... dan skarang nie pulak musim hujan... anak2 kat umah apa lagi asyik nak makan jew...kojer nyer.... layanzzz jew...lerr..



BAHAN INTI :-)
  • 1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 hirisan nipis halia, cincang halus
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 1 camca teh cili kisar
  • 1/2 camca besar sos cili
  • 3/4 camca besar kicap cair
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)

  • 1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
  • 1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
  • Sedikit serbuk lada hitam, jika suka - teman x letak


CARA MEMBUATNYA :-)

  • UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  • Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua dan letakkan inti sardin kat tengan dan lipatkan,sapu putih telur di tepi sekeliling puff dan tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama sehingga abiss pastri.
  • Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa.
  • Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Montel nyerr... puff puteri mama buat nie.....hikhikhik

2 comments:

ma'chiks said...

salam..sedapnyee puff..nakk..nakkk.

Nur Ede said...

Wsalam ma'chiks
Mmg sedap pon... buat pon senang.. boleh ajew... jemput ler jangan segan2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...