Atas permintaan dan pertanyaan beberapa kenalan alam maya... terutama nye Faezah JB,Nisah Perlis dan Bie orang kuale (Perak) disini teman ceritakan serba sedikit info tempat2 yang popular sekitar Kuala Terengganu. Klu kat sekitar Kuala Terengganu nie mmg banyak tempat yang uolls boleh pergi... klu nak shopping batik,kraftangan atau pelbagai tudung boleh jew... ke Bazar Warisan atau atas pasar payang atau pon atas stesen bas bandar....
Tempat yang menarik untuk bergambar atau cuci mata yang tekini ialah Pulau Warisan di Jalan Kampung Cina belakang Pasar Payang jew... cantik sangat pemandangan persekitaranya kerana betul2 mengadap dengan Pulau Duyung tempat Pelayaran Monsoon Cup... juga boleh pergi ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man sama ada nak drive ke sana atau pon boleh ajer naik cruise atau baot penambang dari Pulau Warisan yang terletak di belakang Pasar Payang dan terus ke Pulau Wan Man melalui jalan air...
Nie.. dier rupe nyer TTI river cruise yang melalui sepanjang sungai Terengganu menuju ke Taman Tamadun Islam (TTI)
Bagi penggemar keropok lekor pulak.... keropok lekor yang mmg sedap ada dua tiga tempat yang teman biasa bli... "keropok lekor 008" klu sesiapa yang datang ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai pasti jumpa keropok 008 nie... terletak di kawasan pantai semarak, Kelulut berhadapan dengan penginapan rumah rehat semarak... Kpg Kelulut nie dalam daerah Marang... Permis "Keropok Lekor 008" bersih dan selesa skali uolls boleh santai dan makan2 disitu kerana panorama nyer mengadap laut china selatan dan berhadapan dengan Pulau Kapas....Satu lagi tempat keropok lekor yang teman biasa bli ialah di Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB) terletak di Seberang Takir jalan menuju ke Airport Terengganu
lebih kurang 8KM dari bandar Kuala Terengganu melalui jambatan Sultan Mahmud.. keropok dan sos nyer mmg sedap... bagi teman klu keropok jew... sedap dan sos nyer cair jew... kire x bests ler... kann.. tapi klu keropok BTB nie mmg sedap kedua dua nyer... mmg berbaloi klu membeli nyer... ini saja info serba ringkas yang boleh teman beri selebih nyer klu nak dapatkan yang lebih terperinci dan ngan map nyer skali boleh layari laman www.tourism.terengganu.gov.my/
2 comments:
bukit tok beng :)
Sowrii... Time kasih Nor...
Post a Comment