Sunday, May 15, 2011

Happy Birthday to you......

Gambar semasa kecil untuk kenangan nye di masa mendatang...

wajah anak remaja yang semakin membesar dan aktif
dengan sukan bowling dan ragbi

Selamat menyambut Ulang tahun kelahiran buat anakanda Alif, "Happy Birthday to You.. Alif" Di lahirkan pada 15hb Mei 1997 di Timberland Hospital Kuching Sarawak.. semasa tu... teman ngan my hb bertugas di Sarawak.. membesar dengan tanpa banyak kerenah.. Seorang anak yang mmg aktif dengan pelbagai aktiviti yang lasak... bercita cita nak menjadi pilot kapal terbang tentera udara...uisshh bior bebenor nih... insyaallah.. mudah mudahan Allah permudahkan impian Alif...

Tapi klu kat rumah dia mmg suke memasak... ade ade aje yang nak di masakkan nyer... selalu nyer resepi yang di reka reka sendiri... entah aper2 jew.. dia sendiri masak dia sendiri makan... haiisshh sabo jew lah mama nih... anak yang mmg ringan tulang klu minta di bantu
... sentiasa ceria dan suke sangat bercerite ape2 aje aktiviti harian nye di sekolah... mama ngan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anakanda Alif...


Ya Allah Ya tuhan ku...
Aku bermohon kepada mu...Ya Allah..
Selamatkanlah setiap perjalanan anakku.. Muhammad Alif
Lindungilah dia walau di mana saja dia berada
Lindungi dan jauhilah dia dari segala malapetaka dan penyakit yang merbahaya
Kurniakanlah dia dengan kesihatan yang baik
Berikanlah dia petunjuk dan hidayah agar sentiasa di jalan yang benar
Berkatilah dia agar menjadi anak yang soleh dan bertaqwa
Cemerlangkan lah dia dalam pelajarannya
Berikan lah dia kejayaan di dunia dan di akhirat
dan kau beriklah kepada anak anak ku rahmat daripada sisi Mu
sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang

AMIIN.... Ya rabbal a'lamin....

Thursday, May 12, 2011

Suker nyer Aiman.. khemah di Pulau Wan Man

AssalamualaiKUM... sepatut nye n3 nie teman post hari khamis lagi... sebab nyer anak bongsu teman nie... mengikuti perkhemahan anjuran sekolah untuk semua murid tahun 6 yang di buat di Pulau Wan Man. Perkhemahan 3 hari 2 malam tu... di buat di kawasan berhampiran dengan Masjid Kristal.. semasa teman mengantor Aiman bersama ngan 2 orang lagi kawan nyer..masing2 bukan main suke lagi.. x sabo sabo nak mengikuti perkhemahan yang di buat tu...

Selepas pendaftaran dan sebelum meninggalkan dia orang dengan cikgu yang menjaga mereka, sempat teman shoot gambo kecerian Aiman dan kawan kawan nyer... gambor nie teman shoot dekat kawasan dewan yang berhampiran dengan Masjid Kristal


aper la.. yang di tenungkan si Aiman tu...

Aiman dan kumpulan se khemah nyer..

memasing suke bila tau.. dapat duduk se group dalam khemah

Posing sakan masing2.. pantang nampak kemera fokus kat dia orang..hehehe

Tuesday, May 10, 2011

Puding Kukus Delima Istana

AssalamualaiKUM... salam sejahtera dan selamat pagii semua... waaaa pepagi udah tayang puding nie.. apa ke crite nyer nenek kebayan nie...hehehe.. ok cerite nyer bermula masa merewang rewang kat umah Ita.. suke tengok n3 dia yang cantik dan menawan tu... lalu terus terghuda dengan resepi2 yang ada kat dapur dia... banyak betui yang terghuda... hinggakan tak mampu nak bawa balik... jangan marehh yer ita.. banyak juga yang akak angkut bawa balik ke Tganu..tapi x tau ler bila boleh start injin power2 nie...

Mula mula nak buat puding nie terfikir juga dengan ayat "satu kampung boleh makan" wadusss... nak ngejas mcm mana erk.. tapi kerana seruan dan keinginan untuk melihat kejadian puding kukus delima istana nie teman pon ngejas mengikut rasa jew... konon-konon confiden puding nih akan menjadi dengan sempurnanyer... haaaaa.. ambik koo... termanis ler cikit sebab nyer x teringat mix fruits yang teman tabur tu.. pon udah manis2 juga... belajar dari kelemahan dan kesilapan diri sendiri...

Seperti yang ita dan Ummi katakan... puding nie mmg sedap mmg tak rugi mencuba.. anak anak,MIL dan my hb pon sukee.. teman buat Puding Kukus Delima Istana nie bersama kuah kastad..Terima kasih kepada penyumbang resepi Kak Wan@resepiCitarasawan dan juga pada Ummi dan Azlita kerana n3 kalian memberi semangat buat teman mencuba nyer.. resepi nie teman copy dari dapur Ita, terima kasih sekali lagi buat semua... ok..jom layanzz resepi kat bawahhh niee...


PUDING KUKUS DELIMA ISTANA

Bahan-bahan

  • 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)

Bancuhan Telur

  • 3 cawan air
  • 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
  • 1 tin susu cair ideal / susu segar
  • 1 tin (505gm) susu pekat manis(*update: akak letak 450 gm je)
  • 6 biji telur gred A dipukul dahulu
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Taburan

  • 1/2 tin buah cocktail
  • 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, blackcurrent)

Cara-cara

  1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
  2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
  3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
  4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
  5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
  6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.

*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja. (*akak pulak dah lebih dari 6 jam merendam agar-agar tuh...jadi kukus sejam pun ok jugak...)

Pesanan Penaja...hehee : Kalau family x ramai tu buat separuh adunan cukuplah sebab resepi ni menghasilkan untuk 1 kampung makan...wakakakaa...Pastu kalau dah x banyak dan rajin tu, elok lah dikukus dalam acuan kecik2, lagi senang xyah potong2...Kalau dalam loyang cam akak ni, susah sikit nak potong, x lawo le....tp rasa menteeeennnn...best gilosss! Sesuai gak tambah lemak..hahaha


Terghuda juga dengan buatan sendiri...perasan nampakkk...hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...