Friday, August 13, 2010

Sup Tulang + Daging


Untuk bersahur hari yang ketiga berpuasa teman buatkan sup tulang + daging... coz my hb ngan putera putera teman nak makan nasi juge waktu bersahur... teman cuma makan sup ngan roti bakar n segelas susu...Putera ke6 cuma makan kokocrunch ngan susu jew..

Meh... tengok resepi sup sempoi yang teman buat untuk bersahur...

tengok tu... pemalas nyerrr lah... beso2 ubi tu...ngan daun sup...

Alahaii... tersalah letak dalam mangkuk kecik.. isk..iskss..

Bahan-Bahan :-
  • 1/2 kilo tulang + daging
  • 3 biji kentang
  • 4 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 6-7 biji cili padi hijau *
  • 1 cm halia *
  • 2 sudu rempah Sup + rempah kurma *
  • kulit kayu manis n bunga lawang untuk menumis
  • Sedikit minyak
  • Bahan perasa secukup nye..
Bertanda * blendkan hingga lumat

Cara-Cara :-
  • Tumiskan kulit kayu manis + bunga lawang pastu masukan rempah2 yang telah di blen tadi... masak hingga rempah tadi berbau wangi... baru letakkan air secukup nye...
  • Pastu masukkan tulang + daging, reneh sehingga daging lembut..
  • Letakkan bahan perasa secukup rasa... mengikut kesesuaian masing-masing
  • Akhir skali baru letakkan ubi kentang.
  • Setelah masak letakkan didalam mangkuk dan klu suke boleh letakan bawang goreng dan daun sup...
  • Tersedia untuk di nyiruuuppp... hihihi...

2 comments:

Jamak Aton Habi Mahmood said...

Ermm teigt sup kambing CIk Ede...

Ptg ni nk masak sup daging jgk la, hehehhe

Gud ideaa aaa cik de..

Nur Ede said...

Bagus2 selamat mencuba yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...