Saturday, August 28, 2010

Kambing Masak Beriani

Daging Beriani kambing yang teman masak untuk makan bersama nasi beriani... nie pong atas permintaan my hb juge nak makan daging kambing kampung... klu ari cuti boleh ler teman menurut perintah.... klu hari bekerja sowrii ler.... makan sempoi2 jew... hehehe
Ok... meh ler layannzz resepi yang teman n3 nih....


Bahan-Bahan :-
  • 600 gram daging kambing
  • 1 tin tomato puri
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 2 biji bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 5 biji lada hijau - 3 biji blend * 2 biji lagi untuk hiasan
  • 1 cawan susu cair di campur ngan jus 1 biji limau nipis untuk tairu
  • 3 biji badam *
  • 3 biji buah gajus *
  • Sedikit kismis
  • Minyak masak secukup nye
  • 1 sudu kecil minyak sapi
  • Bahan perasa
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Bawang goreng klu sukee - teman x letak pong
Cara-Cara :-
  • Yang bertanda ( * ) blendkan semua bahan yang bertanda
  • Daging kambing bersihkan dengan sedikit tepung gandum dan air limau nipis untuk menghilangkan bau hamis kambing pastu cuci dan tos hingga air nya kering
  • Campurkan bahan2 yang d blend dengan rempah beriani dan lada sulah sebatikan dan perapkan bersama daging kambing selama 1/2 jam atau 1 jam
  • Campurkan minyak sapi ngan minyak masak dalam periuk dan panaskan
  • Masukkan daging kambing yang telah di perap tadi... masak dengan api yang sederhana hingga dagingnye empuk.. pastu baru masukkan tomato puree,tairuu n kismis
  • Akhir skali baru letak cili hijau yang di patah2 kan jew.. 1 tangkai daun ketumbar
  • bahan perasa secukup rasa..
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi beriani....

3 comments:

N1babycollections.blogspot.com said...

woit...apa nie hehehe..kambing beeekkkkk... haish terliur plak kat kambing nih... sedap nie :)

Nur Ede said...

meh.. ler.. ade banyak lagi daging kambing dalam esbox...hihihi...

ma'chiks said...

K, next nak copy Eda masak kambing beriani...tp huby tak makan kambing/ganti ayam?daging pun tak boleh..atau tunggu dia outstation? yes!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...