Thursday, August 12, 2010

Kerabu Pucuk Paku + Kacang Panjang

Assalamualaikum... dan salam Ramadhan Al-Mubarak buat smua sahabat handai dan saudara mara teman walau d mana pong kalian berada... juga buat anakanda yang berada d Bintulu Sarawak, KLIA,Utem Melaka selamat berpuasa semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat buat anakanda.... rajin2 ler bangun bersahur walaupong hanya dengan seteguk susu dan sebutir kurma...

Untuk n3 nie meh.. ler teman nak share resepi kerabu pucuk paku + ngan kacang panjang.. Kerabu nie teman buat untuk hari pertama berbuka puasa... juga untuk hantaran buat jiran sebelah menyebelah... juge buat ibu mertuaku... alhamdulillah walau pong berpuasa... bila teman n my hb makan semasa berbuka.... sedap dan secukup rasa..
eeleehh... angkat bakul nampak...hihihi jomm... tengok resepi..



Bahan-Bahan :-)
  • 2 ikat pucuk paku - di celur sekejap
  • 2 ikat kacang panjang - di celur sekejap
  • 5-6 ekor ikan selayang - di panggang (teman guna non stik plate jew..)
  • 6 biji cili padi
  • 300g kelapa parut
  • 6-7 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • jus limau nipis secukup nye
  • 2-3 biji bawang besar - di mayang nipis
  • Bahan perasa secukup nye..
Cara-Cara :-
  • Ambil isi ikan yang telah di panggang dan tumbuk separa lumat
  • Bawang merah di tumbuk lumat bersama lada hitam
  • campurkan isi ikan panggang yang telah di tumbuk lumat dan bawang merah ngan lada hitam ke dalam kelapa parut sebatikan
  • Di atas api yang sederhana goreng atau sangaikan campuran kelapa parut tadi sehingga terbit aroma nye... jangan terlalu lama sangaikan campuran kelapa parut tu.. nanti terlalu kering klu boleh biar campuran kelapa parut tu ala ala lembab gituu
  • Selepas tu... tutup api dan letakan kedalam bekas tumbuk2 kan campuran kelapa parut tu... untuk sebatikan.. ketepikan dulu...
  • Untuk cili padi - campurkan cili padi dengan jus limau - blenkan separa lumat klu suke mayang halus kulit limau kasturi dan letakkan skali kedalam cili padi tu..
  • Sayuran-sayuran untuk kerabu nie boleh guna apa apa jew... yang kita suke seperti daun selom,pegaga,taugeh ( ccambah- bahasa Tganu...hihihi ) atau pong salad.
  • Untuk pucuk paku n kacang panjang teman potong kecil2 seperti dlm gambo tu.. pastu celurkan sebentar.... angkat dan sejatkan hingga kering air nyer...
  • Campurkan kesemua bahan2 dan juga bawang besar yang telah telah di mayang kedalam satu bekas letakkan juga bahan perasa secukup rasa dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
  • Boleh lah di hidangkan dengan lain-lain juadah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...