Sunday, May 30, 2010

Majlis Perpisahan CC Mahazon ke Tumpat Kelantan

Alhamdulillah... senyum keriangan Kak Zon kerana telah dapat bertukar balik ke kelantan dan di tempatkan di IPD Tumpat...mmg "pucuk di cita ulam yang datang" dan di ibaratkan sireh pulang ke ganggang... inilah saat2 yang di nanti nantikan oleh kakzon setelah hampir 2 tahun lebih berhijrah ke Negeri Terengganu kerana kenaikan pangkat ke W22 akhirnya penantian yang penuh dengan kesabaran dan berkat doa ibu dan anak2 akhir nye KakZon dapat balik semula ke Kelantan dan di tempatkan di IPD Tumpat... rohmatnyer....

Pada KakZon maaf dipinta... andainya sepanjang pergaulan kita ada yang :-(
  • Terkasar bahasa..
  • Tersilap bicara..
  • Termarah yang tak kena..
  • Tertanya tak tentu hala..
  • Tersasul yang tak sengaja..
  • Tersindir kata-kata..
  • Terpekik di telinga.. lalala..
  • Tergelak tak kira masa.. hahaha..
  • Termoody tak semena-mena..
  • Terumpat bila-bila..
  • Terusik yang sengaja dan apa apa saja yang mengguris jiwa...
Mohon ampun dan maaf dari kakzon... semoga Allah sihatkan tubuh badan kita dan di panjangkan usia kita dan kita bisa bersama lagi di masa masa yang mendatang... smoga KakZon sentiasa gembira dan bahagia di samping keluarga tercinta....

Kenangan buat Kak Zon....(intai lah kami antara nampak.. esuk jangan rindu rinduan....huhuwaaa)

Cenderahati dari kawan kawan sepejabat...1..2..3 yesss..

Masing2 tekun mendengar ucapan dari PTL kewangan...uiikss tido ke...hihihi

Kak Zon Sedih semasa majlis perpisahan.....huhuwawaaa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...