Tuesday, April 12, 2011

Award.. pertamaku... terharu... tenkiu



Pertama sekali teman ingin mengucapkan terima kasih pada Saza_haiza (resepi & Petua) yang telah menganugerahkan award ini pada teman... seiklas hati ingin teman nyatakan di sini sebenor nyer teman idaklah pandai nak mengambil dan menggantungkan award yang cantik ini kat umah teman... berkali kali juga mencuba... akhir nya berjaya juga tergantung....
  • Syarat-syarat penganugerahan award nie adalah:-
1. Kena pos balik linking kepada orang yang memberi award ini
http://sazahaiza-resepi.blogspot

2. Berkongsi 7 pekara berkaitan diri teman...
  • Seorang ibu yang mempunyai 6 orang anak dan 2 orang cucu perempuan dan anak 4 lelaki dan 2 orang perempuan.. yang berumur diantara 12 - 31 tahun.
  • Seorang wanita yang bekerja di sebuah organisasi kerajaan di bandar Kuala Terengganu.
  • Sudah berpindah randah seantero negeri termasuk sabah ngan sarawak kerana mengikuti suami... dari sini lah teman belajo pelbagai masakkan dan budaya
  • Suke mencuba pelbagai resepi yang anak2 suka makan... suka berkawan x kira bangsa.. amat menyayangi sahabat2 baik... walaupon ada yang telah pergi.. mereka sentiasa di hati...
  • Telah menetap hampir 10 tahun di Tganu... dah bosan untuk berpindah lagi.. walaupon sekarang suami di negeri lain kerana tugas dan teman di sini menjalankan tanggung jawap pada anak2...
  • Paling suke mengemas rumah terutama ruang dapur dan bilik tido... suka membaca terutama buku berkaitan kesihatan dan agama dan kurang minat menonton tv kecuali berita. Tapi mmg suke mendengar lagu2 yang sentimental..
  • Mencebur diri di dapurSUREberasap nie.. pada akhir 2009 puteri sulung yang beriya iya sangat menyuruh teman menulis dalam blog nie... bagi mengurangkan kemurungan yang melanda diri teman waktu itu... alhamdulillah... walaupon teman mmg x pandai IT dalam penulisan berblog nie... tapi anak2 sentiasa memberi tunjuk ajar dan juga ada beberapa sifu masakan yang sentiasa "sharing is caring" dengan teman.. terima kasih buat semua yang sentiasa memberi tunjuk ajar....
  • Tapi teman nie... biasa laa.. banyak tenggelam dari timbul... kerana keluarga dan kerjaya adalah keutamaan..

3. Berikan kepada 15 blog lain...
  • Untuk yang nie, teman persilakan kepada para pengunjung,sahabat handai,saudara mara dan semua rakan taulan yang singgah dan menjejaki dapurSUREberasap sudi2lah kiranya untuk mengambil award ini...


2 comments:

saza_haiza said...

Thanks k.Ede kr sudi ambil award ni..

Nur Ede said...

>>>Saza-haiza
sama-sama saza... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...