Saturday, March 12, 2011

Nasi Kerabu berlaukkan Ayam Percik

AssalammualaiKUM dan salam sejahtera smua... Petang semalam teman sekluarga di kejutkan ngan berita yang di terima yang kawasan persisiran Tganu akan di landa ombak besar setinggi 4 meter...kawasan sepanjang 20 KM dari persisiran pantai perlu berjaga jaga sehingga ke hari ahad... klu ikutkan umah MIL hanya 50 meter ajew dari pantai... dan umah teman pulak termasuk dalam lingkungan 2-3 KM dari persisiran pantai... adusss mcm2 yang bermain di kepala masa tu... yang teman bimbangkan lagi ialah anak2 yang ada kelas tambahan...terutama nye Alif yang sekolah nya betul2 berhampiran ngan pantai.. pada Allah sajalah tempat berserah smoga Allah melindungi anak2 walau di mana saja mereka berada dan juga rakyat negeri Terengganu daripada sebarang malapetaka dan bencana....amiiinnn...

Walau dalam keadaan mcm mana sekali pon... makanan untuk keluarga tetap di sediakan untuk hari nie... sempat juga teman masak nasi kerabu dan ayam percik kegemaran anak2 buat untuk breakfast skali ngan lunch.... jomm layanzz resepi kat bawah nie.... ma'af yerk..n3 yang agak kelam kabut...coz nak ambil anak2 yang ada kelas tambahan..



Nasi Kerabu berlaukkan Ayam Percik


>>>Untuk nasi... teman masak nasi biasa jew... dan letak sedikit pewarna biru..sebab nak cari bunga untuk nasi kerabu udah maleess...

Bahan-Bahan untuk sambal ikan

  • 4-5 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
  • 1/4 kelapa parut – di goreng mcm nak buat kerisik
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sm halia
  • 3 batang serai
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-Cara

  • Gaul isi ikan panggang, ngan kelapa yang di goreng tadi,
  • Bawang merah, bawang putih, serai, halia dan lada hitam di tumbuk lumat atau di kisar pastu campurkan skali kedalam campuran kelapa goreng
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaulkan semua bahan2 dan tumbuk2 ngan lesung supaya campuran itu sebati..

Bahan untuk kuah

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 6 tangkai cili kering
  • 2 sm halia
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai – d ketuk jew..
  • gula dan garam secukup rasa

Cara-Cara

  • Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula dan juga santan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
  • Masak di atas api yang sederhana dan sentiasa kacau
  • Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.
Untuk air lada..
  • 6-7 biji cili padi - d tumbuk lumat
  • 4-5 biji limau kasturi - ambil jus nye
  • gula dan garam secukup rasa
  • boleh tambah sedikit air
>>> Campurkan semua bahan dan rasa secukup rasa dan boleh di hidangkan..

Bahan untuk ulam :

  • 1/2 biji timun - dipotong halus
  • 1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
  • 1 ikat daun kesom - dihiris halus
  • 2 kuntum bunga kantan - dimayang
  • 5 batang kacang panjang - dipotong halus
  • Boleh ajew... letak ape2 ulam yang kita suke..

Cara-Cara

  • Gaulkan semua ulam-ulaman.
  • Kemudian boleh hidangkan bersama nasi putih atau nasi biru, sambal ikan, kuah

NOTA:

  • klu suke boleh juga makan ngan keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng celup tepung atau daging goreng..


Ayam Percik

Bahan-Bahan :-)

  • 1 ekor ayam yang sederhana [potong 8 keping]
  • 3 cawan santan pekat [perah dari 1 biji kelapa ]
  • 2-3 keping asam gelugur
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa

bahan di blend halus

  • 2 sudu Lada putih
  • 3 biji cili padi hijau – klu suke pedas
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 batang serai – di ketuk ajew..

Cara

  • Bersihkan ayam dan cuci ngan sedikit tepung bagi menghilangkan bau hanyir
  • Masak ayam dalam kuali atau periuk bersama bahan2 yang d blend tadi, santan dan asam keping sehingga sederhana masak pastu boleh lah di angkat ayam dan ketepikan... lebihan kuah tadi masak sehingga sebati dan agak2 pekat..
  • Ayam yang di angkat tadi boleh di panggang atau grillkan.. teman grillkan ajew atas non stick pan
  • Semasa nak menghidang ayam percik tu... siramkan dengan lebihan kuah yang telah di masak tadi boleh di hidangkan bersama nasi kerabu

5 comments:

Mas said...

wahhhh..kak, sedapnua set nasi kerabu tu..terliur mas tengok..
mas selalu beli jer..he..he..

Nur Ede said...

>>>Mas
akak pon ada kala nye beli juga... tapi yang nie akak buat sebab baru anak2 puas makan.. skali masak untuk breakfast ngan lunch skali...hehehe..

Dinas Aldi said...

semoga semuanya selamat, kak Ede, insyaallah.

Nur Ede said...

>>>Dinas..
Trima kasih dinas... insyaallah... hingga ke hari ini smua nya ok...

ma'chiks said...

wah rajin nya teman kita ni buat nasi kerabu...bestkan, tengok ayam percik tu, ya ampunnn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...