Assalamualaikum... dan salam sejahtera buat semua yang singgah DSB.. alhamdulillah percubaan untuk kali ketiga nie.. nampak lah apam yogurt teman nie mekar sikit... mekar sikit jew.. tapi masih x gebu mcm rakan rakan blogger lain buat... x tau ler knape... mungkin apam yogurt nie x serasi ngan teman kut...adooii...nak buat camna erk.. nak bagi serasi... klu nengok kat umah kekawan blogger yang lain.. apam yogurt yang dia orang buat mmg mekar dan gebuss jew... x per lah... nanti kita cuba lagi sampai dia kembang berjambak jambak.... hikhikhik
Papon rasa apam yogurt nie mmg sedap.. 3 putera kat umah nie pon suke... maklumlah sekarang kan cuti skolah... mmg kena sentiasa ada makanan atau kudapan kat umah...
Teman copy resepi nie dari umah Izah muffin lover... resepi asal dari Rima.. dan izinkan saya share pulak resepi Apam Yogurt kat DSB... buat Rima,Izah dan rakan2 blogger yang lain terima kasih kerana godaan kalian membuat kan saya terus cuba dan mencuba buat walaupon masih serba kekurangan lagi... terima kasih sekali lagi buat semua...
YOGURT STEAMED CUPCAKES
- 2 cawan gula castor * kurangkan
- 1 sdt ovallete
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan yogurt asli
- 2 biji telur
- 1/2 sdt double action baking powder
- 1 sdt serbuk koko
- 1 sdt pes coklat
Cara-cara :
- Campur semua bahan di atas dalam mixer.
- Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
- Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
- Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) &; campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
- Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
- Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
- Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
*** Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan..contohnye jem/filling..& pewarna kesukaan**
**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**